Tuesday, 26 November 2013

Sejarah Perkembangan Kanak-kanak Pintar Cerdas Di Malaysia

Pendidikan di negara Malaysia tidak menekankan kepada pembezaan pembelajaran yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar pintar cerdas . Tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal, semua pelajar pintar cerdas ini memerlukan satu pendekatan berbeza yang dapat  meningkatkan tahap pembelajaran mereka selaras dengan kebolehan mereka yang boleh  belajar di aras kognitif yang lebih tinggi. Buat masa ini, tidak wujud satu akta yang  menekankan kepada proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas. Akta sedemikian amatlah penting untuk memastikan keperluan pelajar-pelajar pintar cerdas di Malaysia dapat dipenuhi dan potensi semula jadi yang wujud dalam diri mereka tidak terkulai separuh jalan.

Pemerhatian menunjukkan bahawa pembangunan pendidikan pelajar pintar cerdas di  Malaysia amat jarang diberikan pemerhatian walaupun Malaysia telah merdaka 53 tahun yang lalu. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pelajar-pelajar pintar cerdas pernah diberikan peluang untuk belajar ditahap yang lebih tinggi melalui Sistem Kelas Ekspress yang telah dilaksanakan pada tahun 1962. Pelajar- pelajar tersebut dikenalpasti dahulu sebelum diberikan peluang untuk memendekkan tempoh pembelajaran disekolah rendah dari enam kepada lima tahun. Dari tempoh tersebut sehingga ke awal 1980an, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menyediakan satu program yang khusus untuk memenuhi keperluan pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas sehinggalah Persatuan MENSA Malaysia ditubuhkan pada tahun 1983 dengan keahlian seramai 140 oarang pelajar.

Disebabkan oleh keperluan untuk menyediakan satu bentuk pendidikan bagi pelajat pintar cerdas wujud, maka pada tahun 1985, Prof. Madya Azman Wan Cik, pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya telah memperkenalkan program Pintar Cerdas BAKA melalui penyelidikan beliau. Program berbentuk penyelidikan tersebut telah menggunakan satu ujian dinamakan BAKA untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas yang ada di Malaysia. 

Ini seterusnya di susuli dengan penubuhan Persatuan Kanak-Kanak Bergeliga Malaysiapada tahun 1987. Persatuan ini kemudiannya telah menjadi pentas kepada perbincangan dan perkongsian diantara para individu termasuk guru, para akademik dan ibu bapa yang berminat atau terlibat dengan pendidikan pelajar pintar cerdas.

Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS) untuk para pelajar darjah tiga bagi mengenalpasti pelajar-pelajar pintar cerdas. Pemilihan tersebut berdasarkan pencapaian akademik, dan pelajar-pelajar yang cemerlang diberikan peluang untuk terus ke darjah lima. PTS dilaksanakan sehingga tahun 2001 dan kemudiannya dimansuhkan kerana beberapa masalah. Sehingga akhir tahun 2006, belum ada sebarang usaha, peruntukan, mahu pun program yang dirangka khusus bagi membantu pelajar-pelajar pintar cerdas untuk meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang akademik dan kehidupan.


Sejarah pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula pada tahun 2007 apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media massa. Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak seorang pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid seorang pakar bidang bidang pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Adi Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalam beberapa bahagian matematik. Adi Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa pilihan program pembelajaran berbentuk pecutan dan pengayaan oleh beberapa buah universiti tempatan. Ini merupakan titik tolak kepada permulaan program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia selepas program BAKA yang diperkenalkanpada awal tahun1970an. Bertitik tolak dari Adi Putra dan dengan kesungguhan Tan Sri Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Shahabudin, Naib Canselor UKM serta sokongan padu YAB Datin Seri Paduka Rosmah Mansor yang ketika itu adalah isteri kepada Timbalan Perdana Manteri Malaysia, projek PERMATA pintar seterusnya telah digarap dengan teliti.


 Adalah menjadi harapan negara supaya projek ini dapat mengcungkil lebih ramai pelajar-pelajar pintar yang berada di seluruh pelusuk negara tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang keluarga dan budaya. Ini merupakan satu program yang dapat menggambarkan konsep satu Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam.

1 comment:

  1. Semuanya bermula dengan orang2 tertinggi UKM yg mewujudkan fenomena Pintar Cerdas di Malaysia..Bangga menjadi salah seorang pelajar pendidikan khas di UKM..

    ReplyDelete