Ciri-ciri positif dari
aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas
Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu
dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang
mungkin akan terlepas pandang.
Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua
hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara.
Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus
sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun
serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut.
Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan
seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak.
Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan
mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu
mengingati semula dengan cepat.
Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat
membaca sebelum umur 5 tahun.
Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan
yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.
Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan
tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru
dan unik.
Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak
normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara
kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.
Kebolehan menyelesaikan masalah
• Kanak-kanak pintar
cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta
memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.
Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk
mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku.
Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk
membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang
bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya.
Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh,
perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam
sekitar.
Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun
dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat
keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti
makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan.
Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam
hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain.
Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang
tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai
tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu
situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung
tidak memahami.
Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan
kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal
intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak
berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak
berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.
Ciri-ciri negatif dan
cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas
Permasalah dari segi perkembangan asynchronous
1. Kanak-kanak pintar
cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak
tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang
mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan
seksualiti dan isu-isu yang lain
2. Perkembangan fizikal
kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang
mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti
dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan
3. Mereka boleh terlibat
sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi
selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh
seseorang
Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan
memberi alasan
1. Kanak-kanak pintar
cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara.
Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul
sengguh pun mereka itu bijak
2. Mereka boleh
mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat
supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah
keburukkan.
3. Mereka juga akan cuba
bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru
Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta
masalah emosi yang sensitif
1. Sikap kesempurnaan
boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi
seorang yang putus asa
2. Mereka ini memerlukan
data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka
sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial
3. Sikap sensitivity dan
juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti
peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka
terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’
dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.
No comments:
Post a Comment