DEFINISI
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (PC)
Sebenarnya
tidak ada satu definisi yang universal tentang pintar cerdas (PC). Terdapat
ahli professional yang memberi definisi PC berdasarkan skor kecerdasan/IQ (con:
WISC) di atas 130 atau140, ataupun dua sisihan piawai lebih daripada normal (norm),
atau 2.5% daripada populasi. Menurut Carol Bainbridge (seorang ahli Lembaga Indiana Association for the Gifted), tidak ada satu definisi
yang tentang PC yang boleh diterima oleh semua pihak. Wujudnya pelbagai
definisi PC telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai tentang
maksud PC. Malah, guru dan ibu bapa turut mendapati sukar mencapai satu persetujuan
kerana mereka menggunakan definisi yang berbeza-beza. Justeru, untuk
menghapuskan kekeliruan tersebut, adalah wajar untuk memahami asal usul
pembentukan istilah PC serta kosep PC daripada pelbagai perspektif.
Istilah
PC telah digunakan buat pertama kalinya oleh Francis
Galton pada tahun 1869, yang
merujuk pada orang dewasa yang menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang
tertentu (con: ahli kimia yang pintar). Manakala kanak-kanak pula boleh
mewarisi potensi untuk menjadi orang dewasa yang pintar, dan kanak-kanak
tersebut digelar kanak-kanak PC. Lewis
Terman memperkembangan
pendangan Galton dengan memasukkan elemen IQ. Pada tahun 1900an, beliau
menjalankan satu kajian jangka panjang tentang Kanak-kanak PC dan
mengkategorikan mereka yang mempunyai IQ 140 dan ke atas sebagai kanak-kanak
PC. Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati IQ sahaja tidak dapat meramal
kejayaan seseorang pada zaman dewasa.
Istilah
Pintar cerdas/ gifted diperkenalkan oleh Guy M. Whipple pada 1920. Konsep pintar merupakan
satu istilah rasmi bagi merujuk kanak-kanak yang memiliki kebolehan intelek
yang luar biasa. Davis &
Rimm (1985) membahagikan
kepintaran kepada 5 kategori:
1. Berasaskan tahap
pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu bidang yang diceburi
2. Berdasarkan markah
pencapaian dalam satu-satu ujian kecerdasan
3. Berdasarkan peratusan (%)
dalam ujian pencapaian
4. Berasasakan bakat semula
jadi dalam sesuatu bidang atau beberapa bidang
5. Berlandaskan kreativiti
Definisi Kepintaran (Giftedness) mengikut Public Law 100-297
Istilah kanak-kanak dan
remaja pintar and berbakat bermaksud kanak-kanak dan remaja yang menunjukkan
bukti kebolehan pencapaian yang tinggi dalam bidang-bidang seperti intelek, kreativiti, seni, atau keupayaan kepimpinan, atau dalam
bidang-bidang akademik yang khusus, dan mereka yang
memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang tidak biasa diberikan oleh sekolah
untuk memperkembangkan kebolehan-kebolehan seperti yang disenaraikan di atas
sepenuhnya.
The Federal Definition of Gifted and Talented in NCLB (No Child Left Behind Act of 2001, US):
Istilah “Pintar Cerdas dan
Berbakat” (gifted and talented) merujuk kepada kanak-kanak atau remaja yang
menunjukkan bukti pencapaian yang tinggi dalam bidang intelek, kreativiti,
seni, atau kapasiti pepimpinan, atau dalam bidang akadmik yang khusus, dan yang
memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang tidak ditawarkan di sekolah yang
untuk memperkembangan sepenuhnya kapasiti tersebut (Title IX, Part A,
Section 9101(22), p. 544).
Gagne’s Differentiated Model of Giftedness:
PC merupakan potensi yang
perlu dipupuk, dan konsep ini membezakan apa yang boleh dicapai dengan apa yang
akan dicapai oleh kanak-kanak. Keluarbiasaan potensi yang dimiliki oleh mereka
merupakan apa yang menyebabkan mereka pintar, namun, pesekitran menentukan sama
ada potensi tersebut membawa kepada kejayaan. Jadi, mereka yang menggunakan
definisi PC ini menekankan kepentingan kesesuaian persekitaran.
DIFFERENTIATED
MODEL OF GIFTEDNESS AND TALEND ( DMGT )
PENGENALAN
Menurut Gagne dalam
DMGT,ia mencadangkan satu peperbezaan yang jelas di antara kedua-dua konsep
yang paling asas dalam bidang pendidkan yang berbakat iaitu berbakat dan pintar
cerdas.Yang kedua,terdapat 5 komponen di dalam DMGT iaitu kebolehan
semulajadi,kecekapan,intrapersonal dan proses perkembangan.
Berbakat: merujuk kepada keadaan
seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang
yang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau dalam bidang bukan
akademik.Menurut Gagne(1995),seseorang itu akan dianggap berbakat dalam bidang
tertentu apabila dian menunjukkan potensinya dalam biang tersebut.Kadang-kadang
pencapaiannya dalam bidang itu belum tentu terbukti dengan cemerlang.
Pintar
Cerdas:merujuk
situasi seseorang yang berbakat berjaya mencapai kecemerlangan dalam
domain-domain bakatnya pada peringkat-peringkat yang tertentu(Gagne 1998;Pirto
1999).Individu pintar cerdas ini adalah individu yang berbakat.Seorang yang
berbakat belum tentu akan menjadi seorang yang pintar cerdas.Banyak faktor yang
akan mempengaruhi laluan sesorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu
bidang ialah seorang yang berbakat dan juga yang cemerlang dalam bidang yang
tertentu.
Pintar
cerdas merupakan potensi yang perlu dipupuk, dan konsep ini membezakan apa yang
boleh dicapai dengan apa yang akan dicapai oleh kanak-kanak. Keluarbiasaan
potensi yang dimiliki oleh mereka merupakan apa yang menyebabkan mereka pintar,
namun, pesekitran menentukan sama ada potensi tersebut membawa kepada kejayaan.
Jadi, mereka yang menggunakan definisi PC ini menekankan kepentingan kesesuaian
persekitaran.
KEBOLEHAN
SEMULAJADI (NATURAL ABILITIES / GIFT (G)
DMGT terbahagi kepada enam domain keupayaan semula jadi. Empat
daripadanya ialah kebolehan mental dan dua ialah kebolehan fizikal. Untuk
kebolehan mental , empat domain ialah :
1.
Intelektual ( intellectual
– GI)
kepintaran umum, hujah yang dilontarkan,lisan, nombor , ruang,
memori ; prosedur
2. Kreatif
(creative – GC)
penciptaan (penyelesaian masalah), imaginasi,kesenian
penciptaan (penyelesaian masalah), imaginasi,kesenian
3. Sosial ( Social – GS)
pengaruh ; pujukan, kefasihan, kepimpinan, keibubapaan, berinteraksi ; kemudahan sosial, kebijaksanaan
pengaruh ; pujukan, kefasihan, kepimpinan, keibubapaan, berinteraksi ; kemudahan sosial, kebijaksanaan
4. Persepsi
(Perceptual – GP)
penglihatan, pendengaran, bau , rasa , sentuhan,
penglihatan, pendengaran, bau , rasa , sentuhan,
Manakala untuk kebolehan
fizikal pula, dua domainnya ialah :
1. Otot
(Mucsular – GM)
kuasa, kelajuan, kekuatan, ketahanan
kuasa, kelajuan, kekuatan, ketahanan
2. Kawalan
motor ( Motor control- GR )
kelajuan ( tindak balas), ketangkasan, koordinasi, imbangan
kelajuan ( tindak balas), ketangkasan, koordinasi, imbangan
Setiap
domain mempunyai komponen-komponen tertetu dari pelbagai aspek. Proses
pembelajaran ataupun proses pembangunan bakat semulajadi yang dirangsang oleh
pemangkin luaran dan interpersonal. Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan
dalam membantu pengembangan bakat.
Kebolehan
semulajadi (natural ability) ini adalah bukan semulajadi. Ia berkembang dalam
perjalanan kehidupan seseorang terutama semasa kanak-kanak melalui proses
kematangan dan latihan formal. Perkembangan dan tahap ekspresi dikawal oleh
genetik dan keturunan individu. Kebolehan semulajadi lebih mudah dilihat serta
dikesan semasa zaman kanak-kanak kerana kanak-kanak pembelajaran sistemik yang
terhad telah mengubah dan membawa mereka kepada bakat yang spesifik
Walaubagaimanapun, ia juga dapat dikesan pada individu yang lebih
tua iaitu orang dewasa melalui kelajuan dan kecekapan seseorang individu dalam
memperolehi sesuatu seperti pengetahuan dan kemahiran dalam bidang dan aktiviti
tertentu. Dalam erti kata yang mudah, kelajuan dan kecekapan dalam
sesuatu pebelajaran adalah tanda seseorang itu berbakat ( giftedness).Semakin cekap dan
cepat proses pembelajaran, kita akan mengangap semakin tinggi kebolehan semula
jadi seseorang itu.
DMGT
juga berkait dengan kejadian semulajadi pada manusia. Ia terbahagi kepada tiga
peringkat iaitu :
1. Pada peringkat bawah
sekali, ia berkaitan dengan proses dan struktur genotype( contohnya DNA, RNA
dan pengeluaran protein)
2. Peringkat kedua pula
mengandungi pelbagai proses fisiologi dan neurologi ( yang lebih dikelani
sebagai endophenotypes) yang memastikan badan dan otak berfungsi dengan baik.
Kebanyakannya dikenali sebagai sumber perbezaan dalam komponen kebolehan
semulajadi (G) dan intrapersonal (I).
3. Peringkat yang tertinggi
ialah struktur anatomi yang dipanggil exophenotypes
( contohnya saiz
otak, ketinggian dan fleksibiliti sendi).
Kebolehan
semulajadi ini boleh dilihat ketika kanak-kanak menyelesaikan dan melakukan
aktiviti harian dan di sekolah. Misalnya, kebolehan intelektual yang memerlukan
mereka mmbaca dan bercakap dalam bahasa asing atau memahami konsep matematik
yang baru. Dalam aspek
pemprosesan kognitif, pelajar-pelajar cerdas pintar biasanya apabila diuji
dengan ujian-ujian psikometrik akan mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau
Intelligent Quotion (IQ) yang tinggi biasanya melebihi 130 (Kyle 1998).
Malahan, potensi kognitif dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada
keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selain itu ciri-ciri kognitif pelajar
cerdas pintar merangkumi keupayaan untuk menaakul idea-idea yang abstrak, cepat
memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat empati, ingatan yang kuat,
dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik dalam sesuatu topik yang
diminati.
Robinson
(2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar cerdas pintar seperti berikut;
mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar biasa, sangat suka kepada
perkara-perkara intelektual berserta sifat ingin tahu yang menebal, mempunyai
strategi yang berbeza ketika menyelesaikan sesuatu masalah, gemar mengajukan
soalan-soalan yang susah, dan memberikan pendapat yang ganjil hasil dari
pemikiran yang mencapah. Malahan, menurut Stemberg & Zhang (1995)
berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan-kebolehan dari
aspek memiliki asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingati semula maklumat
dari ingatan yang tersimpan. Malahan, kanak-kanak ini mahir menggunakan
kemahiran dan strategi dalam menyelesaikan masalah serta memiliki kemahiran
metakognitif yang akan meregulasi. Apa yang penting mereka dapat
mengaplikasikan kemahiran dalam mengawal penggunaan strategi dalam
menyelesaikan masalah.
Francis
Galton pula menyatakan kanak-kanak pintar cerdas sebagai seseorang yang
mempunyai penaakulan yang tinggi dan melihat sesuatu itu di dalam perspektif
yang berbeza daripada orang biasa. Dalam erti kata lain, perkembangan awal
mereka dapat dikenal pasti sebagai seorang individu yang mempunyai pemikiran
kognitif yang arasnya adalah lebih tinggi daripada individu lain. Pandangan
yang dilontarkan oleh Galton adalah amat bernas kerana bukan semua individu
mempunyai pemikiran kognitif yang tinggi serta memerlukan penerokaan yang lama
untuk diambil oleh seseorang individu yang biasa.
Untuk
kebolehan kreatif pula banyak dilihat dalam aktiviti di mana kanak-kanak
menulis cerita pendek, mengarang lagu,meyelesaikan masalah dan menghasilkan
kerja sains, melukis poster yang cantik ataupun bermain blok LEGO. Selain itu, antara ciri yang dipamerkan dengan
memiliki pemikiran yang kreatif ialah sangat yakin ketika menjelaskan dan
menyatakan idea-idea yang telah difikirkan serta idea-idea yang bernas itu
terhasil daripada kebolehan mereka dalam membuat hubung kait antara dua idea yang
terpencil yang tidak dapat dilihat dan difikirkan oleh orang lain. Malahan,
mereka juga boleh meneka dan mengecam akan kewujudan seseuatu masalah dalam
sesuatu perkara tertentu dan secara spontan mereka dapat bertindak mengikut
daya pemikiran yang kreatif. Relaitinya, idea yang sering dilontarkan dapat
dikekalkan dengan hujah-hujah yang boleh menarik minat orang lain.
Apa
yang lebih penting apabila mereka berjaya mengekalkan idea dalam setiap
perbincangan atau kolaborasi dengan mereka yang normal. Dalam pada itu, mereka
menunjukkan minat yang mendalam dalam menghasilkan projek tertentu seperti
projek sains dan robotik. Hal ini demikian kerana projek-projek seperti ini
akan menggalakkan mereka supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan mendalam.
Jika ada yang cuba menandingi idea yang telah dilakukan oleh mereka, pelbagai
persoalan akan diajukan sehingga mereka berpuas hati dengan jawapan yang
diberikan.
Kebolehan
sosial boleh dilihat dalam aktiviti harian dimana kanak-kanak berinteraksi
dengan rakan sekelas, guru-guru dan ibu bapa.
Kebolehan fizikal dilihat
dalam aktiviti sukan, muzik dan kerja kayu.,Akhir sekali, kebolahan persepsi
dan kebolehan fizikal dapat dilihat dalam aktiviti yang dilakukan di sekolah,
dalam aktiviti sukan atau seni ( menari, mengukir patung dan membuat kraftangan) .
PENGEMBANGAN
BAKAT YANG DINAMIK
PERATURAN ASAS DINAMIK /
pertimbangan dinamik
Dalam
DMGT , kebolehan semulajadi bertindak sebagai ‘ raw material’ kepada bakat. Maksudnya, dengan adanya
bakat, barulah seseorang itu mempunyai kebolehan semulajadi yang baik. Dalam
kebanyakan situasi, seseorang itu tidak berbakat jika tidak dianugerahkan
kebolehan semulajadi terlebih dahulu. Contohnya, fenomena dimana kemunduran
akademik di kalangan kanak-kanak berbakat dan berkebolehan intelektual.
Terdapat
juga hubungan dinamik di antara pintar dan berbakat. Oleh kerana status
kebolehan semulajadi sebagai ‘raw material’, kebolehan semualajadi yang
mewakili kebolehan generik dapat dibentuk dan digunakan dalam pelbagai
kemahiran dan cara yang berbeza, bergantung kepada bidang yang diceburi oleh
seseorang.
Contohnya
ketangkasan manual, salah satu daripada kebolehan fizikal semulajadi, boleh
dibentuk kedalam kemahiran tertentu kepada pemain piano, doktor gigi , jurutaip
atau pemain permainan video. Begitu juga dengan kebolehan semulajadi kognitif
iaitu pemikiran analitikal boleh dibentuk dan diaplikasi ke dalam pemikiran
saintifik seorang ahli kimia, penganalisis pemain catur atau perancangan atlet
yang strategik.
No comments:
Post a Comment