Thursday, 28 November 2013

Membangun Generasi Pintar Cerdas & Berbakat

Sungguh membanggakan mendapati program PERMATA pintar yang disediakan Pusat PERMATA pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diiktiraf ramai kenamaan dari dalam dan luar negara. 

Sejak perkhemahan akhir sekolah untuk kanak-kanak pintar cerdas yang berumur antara 8 hingga 15 tahun dimulakan pada Disember 2008 dan pembukaan sekolah untuk pelajar sedemikian yang berumur 15 dan 16 tahun pada 2011, ia sudah dikunjungi ramai kenamaan termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Dr Maya Soetoro-Ng, adik Presiden Barack Obama serta wanita utama beberapa negara yang juga 
sempat beramah mesra dengan pelajar. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri  Rosmah Mansor yang memulakan program itu sudah diundang memberi ucaptama di Persidangan Mengenai Pendidikan Pintar Asia Pacific ke-12 di Dubai pada 14 Julai hingga 15 Julai lalu. Ramai Menteri Pelajaran yang hadir kagum dengan pembentangannya dan menyatakan hasrat hendak mengadakan kerjasama dengan Malaysia dalam hal berkaitan pendidikan kanak-kanak pintar. 

Pusat PERMATA pintar dengan kerjasama Pusat Belia Berbakat Universiti Johns Hopkins juga sudah melangsungkan Perkhemahan Musim Panas untuk 20 orang Pelajar Perempuan berumur 16 tahun dari Yayasan MAWHIBA Arab Saudi.

Program PERMATA pintar bertujuan mengenal pasti kanak-kanak berbakat luar biasa, iaitu seorang setiap 100,000 penduduk, dan menyediakan pendidikan yang boleh mencungkil dan mengasah kebolehan mereka dalam sesuatu bidang tertentu secara menyeluruh.


Ujian atas talian

Bagi menentukan tidak seorang pun kanak-kanak pintar cerdas tercicir,dua ujian atas talian dikenali UKM1 dan UKM2 diadakan termasuk ujian bersemuka UKM3. Ujian itu sudah pun berjaya memilih lebih 1,000 kanak-kanak pintar cerdas dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. 

Mereka datang dari pelbagai latar belakang dan tempat di Malaysia termasuk kawasan yang amat terpencil hingga memerlukan penggunaan pelbagai jenis kenderaan untuk ke UKM.

Tohmahan kononnya usaha memberikan peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas hanya mewujudkan kelompok elitis harus disingkirkan. 


Dalam ucaptamanya Rosmah berkata: Bakat adalah kurniaan Allah dan kita mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan ruang dan peluang bagi membolehkan mereka mengasah potensi kebolehan mereka secara optimum. Ini adalah kewajipan kita kerana insan berkebolehan sedemikian adalah aset berharga kepada mana-mana negara pun. Apabila dipupuk dari usia muda, kurniaan Allah itu boleh digarap untuk mencapai tahap tertinggi dalam bidang kemahiran mereka lebih-lebih lagi mengenai pengetahuan baru yang harus diterokai bagi menangani permasalahan abad ke-21.

Asah kurniaan intelek


Itulah juga mengapa sesetengah negara bersedia memberikan biasiswa dan kerakyatan untuk memikat anak ini serta keluarga mereka.


Selain mengasah kurniaan intelekyang ada pada mereka, pendidikan sesuai perlu disediakan bagi memenuhi kehendak emosi yang tidak berkembang serentak perkembangan intelek mereka. Itulah kadangkala kanak-kanak pintar berasa diri tidak difahami dan sering diabaikan. Adakalanya tingkah laku mereka disalah anggap sebagai nakal, tidak berdisiplin dan mengacau oleh guru dan ibu bapa hingga membuatkan orang terdekat buntu untuk membantu mereka.

Sekiranya kita tidak menyediakan pendidikan khusus kepada mereka, kanak-kanak berbakat demikian boleh berhenti sekolah dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Pusat  PERMATA pintar menyediakan sukatan pelajaran meluas, berimbang dan mencabar yang disesuaikan untuk setiap individu berasaskan keperluan dan kepintaran mereka. Penyediaan pendidikan sedemikian amat penting kerana bakat yang ada berbeza-beza. Setengahnya pintar dalam satu dua perkara manakala yang lain berbakat dalam banyak perkara pula.

Kurikulum direkabentuk untuk memastikan kedua-dua otak kiri dan kanan dipupuk dengan mengimbangkan pembelajaran sains, teknologi, matematik dan kejuruteraa
n dengan pembelajaran kesenian dan kemanusiaan, kepintaran pelbagai bahasa, perkembangan rohani, apresiasi persekitaran alam, kepemimpinan dan semangat kesukarelawanan.


Petikan Artikel:
Berita Harian Online (28/11/2013) 

DMGT-Proses Perkembangan (Developmental Process)


PROSES PERKEMBANGAN (DEVELOPMENTAL  PROCESS)

Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seorang kanak-kanak yang normal(tipikal). Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Menurut istilah Persekutuan Amerika Syarikat maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari pelbagai  bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain, perkhidmatan yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza atau perkhidmatan pada tahap yang lebih tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal(tipikal) yang biasa. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan Negara. Kurikulum yang berkesan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat adalah kurikulum asas yang telah diubahsuai bagi memenuhi keperluan mereka. Kurikulum yang telah diubahsuai mestilah sesuai dengan ciri-ciri peribadi dan kelebihan setiap pelajar. Bagi mengenalpasti keunikan peribadi pelajar-pelajar ini adalah agak sukar.

Bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar ini, guru perlu mengubahsuai isi kandungan pengajaran yang terdiri daripada idea-idea, fakta, konsep dan maklumat deskriptif mengikut keperluan pelajar. Pelajar-pelajar pintar cerdas berbakat ini bersifat kreatif dan suka mencuba sesuatu yang baru. Keadaan ini menyebabkan mereka suka mencipta kelainan dan cenderung mencipta sesuatu yang baru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggalakkan pelajar-pelajar ini menjalankan projek secara bersendirian atau berkumpulan. Pelajar-pelajar ini juga sangat digalakkan untuk meneroka dan mempelajari sesuatu pelajaran mengikut kaedah yang sesuai dan disukai oleh mereka. Guru juga perlu menyediakan berbagai aktiviti yang menarik dan kreatif di samping mengelakkan daripada menggunakan aktiviti dan pendekatan yang sama. Hal ini, dikhuatiri pelajar-pelajar pintar cerdas berbakat akan merasa bosan sekiranya guru menggunakan cara dan kaedah yang sama dengan pelajar yang normal(tipikal).

Keberkesanan kurikulum yang telah diubahsuai boleh dinilai dengan melibatkan pelajar pinatr cerdas dan berbakat ini dalam aktiviti penyelidikan dan penyelesaian masalah. Di samping itu, penguasaan kemahiran asas perlu diuji dan ditingkatkan mengikut tahap dan konsep kemahiran yang lebih tinggi. Tidak semestinya semua program yang bersesuaian dengan seseorang pelajar turut sesuai dengan pelajar yang lain. Setelah dikenalpasti melalui penilaian dan pentaksiran yang guru jalankan maka mudah bagi guru untuk menentukan program-program yang wajar bagi pelajar-pelajar pintar cerdas berbakat ini ikuti.

Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program; pengasingan, pemecutan (acceleration) atau pengayaan. Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. Satu cara ialah dimana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas pada peringkat lebih tinggi yang sesuai dengan perkembangan mereka untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid yang lebih tua daripada mereka(senior). Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan rakan sebaya. Karen Roger (1991) juga mencadangkan bahawa program pemecutan akan lebih memberi manfaat apabila dilaksanakan pada tahap umur berbeza;

·         Pendidikan permulaan :  kemasukan awal,  melangkau kelas,  pembelajaran bukan di kelas,  memampat kurikulum.
·          Pendidikan menengah rendah : melangkau kelas, memendekkan kelas (grade telescoping),  pendaftaran serentak (concurrent enrollment),  pemecutan berasaskan subjek dan memampat   
·         Pendidikan menengah atas :  pendaftaran serentak di sekolah dan universiti (concurrent enrollment),  pemecutan berasaskan subjek, kelas AP (advanced placement), program mentor, kredit melalui peperiksaan (credit by examination),  dan kemasukan awal ke pengajian tinggi

Manakala, program pengayaan merupakan program yang melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan Negara.

Bagi membantu proses perkembangan pelajar pintar cerdas dan berbakat ini, semua pihak perlu melibatkan diri sama ada ibu bapa, penjaga pelajar, guru pembimbing mahupun  rakan-rakan. Memiliki anak pintar cerdas dan berbakat ini adalah satu cabaran kepada ibu bapa dan guru. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan dan pendekatan yang sesuai bagi anak-anak ini. Di samping itu, ibu bapa dan guru tidak boleh terlalu memaksa anak-anak ini melakukan sesuatu pada tahap yang terlalu tinggi jika tidak dengan kemahuan anak-anak tersebut. Sebagai contoh, anak-anak pintar cerdas dan berbakat yang layak memasuki universiti pada usia yang sangat muda perlu dipertimbangkan dan diambil kira dari segi kematangan mereka. Adakah mereka boleh menyesuaikan diri dan mengurus kehidupan  seharian dengan baik. Sekiranya anak-anak ini menunjukkan tingkah laku yang positif, mudah menyesuaikan diri dengan tempat dan persekitaran yang baru, dan ingin mencabar diri melakukan sesuatu yang baru, anak-anak pintar cerdas ini boleh meneruskan dan menerima tawaran memasuki universiti tersebut.

Selain itu, ibubapa perlulah bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan yang agak tinggi bagi kanak-kanak yang dilahirkan cerdas dan berbakat ini. Keperluan kanak-kanak pintar cerdas berbakat ini tidak sama seperti kanak-kanak yang lain. Sebagai contoh kanak-kanak yang dapat memasuki universiti pada usia yang muda sudah tentu memerlukan belanja dari segi yuran pengajian, peralatan pengajian, tempat tinggal, dan keperluan lain. Tempat tinggal yang disediakan untuk kanak-kanak ini sudah tentu sangat kondusif dan dilengkapi dengan kemudahan infrasruktur. Pihak yang menyediakan tempat tinggal dan peralatan bagi kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini juga memerlukan biaya dan perbelanjaan yang sangat tinggi bagi mengekalkan kualiti dan keselesaan kepada kanak-kanak ini.

Di samping itu, makanan yang disediakan untuk pelajar-pelajar ini juga sangat dititikberatkan dari segi kualiti dan khasiat makanan tersebut. Semua makanan yang disediakan adalah makanan yang berkualiti tinggi, berkhasiat dan memenuhi keperluan fizikal pelajar. Hal ini adalah kerana makanan yang berkualiti tinggi dan berkhasiat dapat membantu proses perkembangan pelajar-pelajar ini. Pelaburan dari segi kewangan dari ibubapa dan pihak yang terlibat adalah sangat banyak bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar ini dari pelbagai aspek.

Proses perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat ini juga memerlukan tenaga kerja dan masa daripada pihak ibu bapa dan lebih-lebih lagi daripada guru. Cabaran yang perlu dihadapi oleh guru adalah perlu mewujudkan persekitaran yang positif yang mana pelajar-pelajar ini tidak rasa disisih daripada rakan sekelas yang lain. Guru perlu mempunyai hubungan dan komunikasi yang baik dengan ibubapa setiap pelajar bagi mengetahui dan mengenali diri serta kebolehan pelajar. Guru juga perlu memupuk dan memberi pendidikan yang sempurna supaya pelajar-pelajar ini dapat mempelajari sesuatu perkara dalam pelbagai aspek.

Walaubagaimanapun, adalah penting untuk memahami bahawa tidak semua pelajar mempunyai kecerdasan dan bakat yang sama dan akan mencapai matlamat yang sama. Setiap pelajar mempunyai kecerdasan dan kelebihan bakat yang berlainan, memerlukan pendekatan  dan akan mencapai matlamat yang berbeza untuk masa depan mereka. Justeru, kita dapat lihat bahawa pelaburan dan pengorbanan dari segi kewangan, tenaga dan masa oleh ibu bapa dan guru sangat membantu proses perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat ini.

Seterusnya, mari kita lihat sub-komponen terakhir yang terlibat dalam proses perkembangan adalah kemajuan (progress).   Dalam Differentiated Model of Giftedness and Talent (DMGT),  pelajar pintar cerdas dan berbakat ini pada permulaannya boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu novice, advanced, proficient, and expert.  Jadi, dalam setiap peringkat ini akan diwakilkan dengan kuantitatif kadar. Kuantitatif kadar disini bermaksud kita melihat seberapa cepat pelajar-pelajar ini mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Contohnya, setiap pelajar akan mempunyai matlamat yang telah ditetapkan beserta dengan jangkaan masa yang diperuntukkan. Jadi, guru akan melihat seberapa cepat pelajar-pelajar ini mencapai matlamat yang telah ditetapkan, samada cepat sebelum atu selepas masa yang ditetapkan.

Akhir sekali, setiap anak-anak mempunyai hak untuk menerima pendidikan seperti kanak-kanak tipikal yang lain walaupun mempunyai masalah atau kekurangan upaya. Jadi ibubapa perlulah peka terhadap segala perkembangan dan masalah yang didahapi oleh anak-anak mereka supaya intervensi awal boleh diambil.


DMGT- Kebolehah Semulajadi (Natural Ability)

DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (PC)

Sebenarnya tidak ada satu definisi yang universal tentang pintar cerdas (PC). Terdapat ahli professional yang memberi definisi PC berdasarkan skor kecerdasan/IQ (con: WISC) di atas 130 atau140, ataupun dua sisihan piawai lebih daripada normal (norm), atau 2.5% daripada populasi. Menurut Carol Bainbridge (seorang ahli Lembaga Indiana Association for the Gifted), tidak ada satu definisi yang tentang PC yang boleh diterima oleh semua pihak. Wujudnya pelbagai definisi PC telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai tentang maksud PC. Malah, guru dan ibu bapa turut mendapati sukar mencapai satu persetujuan kerana mereka menggunakan definisi yang berbeza-beza. Justeru, untuk menghapuskan kekeliruan tersebut, adalah wajar untuk memahami asal usul pembentukan istilah PC serta kosep PC daripada pelbagai perspektif.

Istilah PC telah digunakan buat pertama kalinya oleh Francis Galton pada tahun 1869, yang merujuk pada orang dewasa yang menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu (con: ahli kimia yang pintar). Manakala kanak-kanak pula boleh mewarisi potensi untuk menjadi orang dewasa yang pintar, dan kanak-kanak tersebut digelar kanak-kanak PC. Lewis Terman memperkembangan pendangan Galton dengan memasukkan elemen IQ. Pada tahun 1900an, beliau menjalankan satu kajian jangka panjang tentang Kanak-kanak PC dan mengkategorikan mereka yang mempunyai IQ 140 dan ke atas sebagai kanak-kanak PC. Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati IQ sahaja tidak dapat meramal kejayaan seseorang pada zaman dewasa.

Istilah Pintar cerdas/ gifted diperkenalkan oleh Guy M. Whipple pada 1920. Konsep pintar merupakan satu istilah rasmi bagi merujuk kanak-kanak yang memiliki kebolehan intelek yang luar biasa. Davis & Rimm (1985) membahagikan kepintaran kepada 5 kategori:

1.    Berasaskan tahap pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu bidang yang diceburi
2.    Berdasarkan markah pencapaian dalam satu-satu ujian kecerdasan
3.    Berdasarkan peratusan (%) dalam ujian pencapaian
4.    Berasasakan bakat semula jadi dalam sesuatu bidang atau beberapa bidang
5.    Berlandaskan kreativiti


Definisi Kepintaran (Giftedness) mengikut Public Law 100-297

Istilah kanak-kanak dan remaja pintar and berbakat bermaksud kanak-kanak dan remaja yang menunjukkan bukti kebolehan pencapaian yang tinggi dalam bidang-bidang seperti intelek, kreativiti, seni, atau keupayaan kepimpinan, atau dalam bidang-bidang akademik yang khusus, dan mereka yang memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang tidak biasa diberikan oleh sekolah untuk memperkembangkan kebolehan-kebolehan seperti yang disenaraikan di atas sepenuhnya.


The Federal Definition of Gifted and Talented in NCLB (No Child Left Behind Act of 2001, US):
Istilah “Pintar Cerdas dan Berbakat” (gifted and talented) merujuk kepada kanak-kanak atau remaja yang menunjukkan bukti pencapaian yang tinggi dalam bidang intelek, kreativiti, seni, atau kapasiti pepimpinan, atau dalam bidang akadmik yang khusus, dan yang memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang tidak ditawarkan di sekolah yang untuk memperkembangan sepenuhnya kapasiti tersebut (Title IX, Part A, Section 9101(22), p. 544).

Gagne’s Differentiated Model of Giftedness:
PC merupakan potensi yang perlu dipupuk, dan konsep ini membezakan apa yang boleh dicapai dengan apa yang akan dicapai oleh kanak-kanak. Keluarbiasaan potensi yang dimiliki oleh mereka merupakan apa yang menyebabkan mereka pintar, namun, pesekitran menentukan sama ada potensi tersebut membawa kepada kejayaan. Jadi, mereka yang menggunakan definisi PC ini menekankan kepentingan kesesuaian persekitaran.


 DIFFERENTIATED MODEL OF GIFTEDNESS AND TALEND ( DMGT )

PENGENALAN

Menurut Gagne dalam DMGT,ia mencadangkan satu peperbezaan yang jelas di antara kedua-dua konsep yang paling asas dalam bidang pendidkan yang berbakat iaitu berbakat dan pintar cerdas.Yang kedua,terdapat 5 komponen di dalam DMGT iaitu kebolehan semulajadi,kecekapan,intrapersonal dan proses perkembangan.

Berbakat: merujuk kepada keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang yang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau dalam bidang bukan akademik.Menurut Gagne(1995),seseorang itu akan dianggap berbakat dalam bidang tertentu apabila dian menunjukkan potensinya dalam biang tersebut.Kadang-kadang pencapaiannya dalam bidang itu belum tentu terbukti dengan  cemerlang.

Pintar Cerdas:merujuk situasi seseorang yang berbakat berjaya mencapai kecemerlangan dalam domain-domain bakatnya pada peringkat-peringkat yang tertentu(Gagne 1998;Pirto 1999).Individu pintar cerdas ini adalah individu yang berbakat.Seorang yang berbakat belum tentu akan menjadi seorang yang pintar cerdas.Banyak faktor yang akan mempengaruhi laluan sesorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu bidang ialah seorang yang berbakat dan juga yang cemerlang dalam bidang yang tertentu.

Pintar cerdas merupakan potensi yang perlu dipupuk, dan konsep ini membezakan apa yang boleh dicapai dengan apa yang akan dicapai oleh kanak-kanak. Keluarbiasaan potensi yang dimiliki oleh mereka merupakan apa yang menyebabkan mereka pintar, namun, pesekitran menentukan sama ada potensi tersebut membawa kepada kejayaan. Jadi, mereka yang menggunakan definisi PC ini menekankan kepentingan kesesuaian persekitaran.



KEBOLEHAN SEMULAJADI  (NATURAL ABILITIES / GIFT (G)

DMGT terbahagi kepada enam domain keupayaan semula jadi. Empat daripadanya ialah kebolehan mental dan dua ialah kebolehan fizikal. Untuk kebolehan mental , empat domain ialah :

1.         Intelektual ( intellectual – GI)
kepintaran umum, hujah yang dilontarkan,lisan, nombor , ruang, memori ; prosedur
2.  Kreatif (creative – GC)
penciptaan (penyelesaian masalah), imaginasi,kesenian
3.  Sosial  ( Social – GS)
pengaruh ; pujukan, kefasihan, kepimpinan, keibubapaan, berinteraksi ; kemudahan sosial, kebijaksanaan
4.  Persepsi (Perceptual – GP)
penglihatan, pendengaran, bau , rasa , sentuhan,

Manakala untuk kebolehan fizikal pula, dua domainnya ialah :
1.   Otot (Mucsular – GM)
 kuasa, kelajuan, kekuatan, ketahanan
2.   Kawalan motor ( Motor control- GR ) 
kelajuan ( tindak balas), ketangkasan, koordinasi, imbangan

Setiap domain mempunyai komponen-komponen tertetu dari pelbagai aspek. Proses pembelajaran ataupun proses pembangunan bakat semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal. Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan dalam membantu pengembangan bakat.

Kebolehan semulajadi (natural ability) ini adalah bukan semulajadi. Ia berkembang dalam perjalanan kehidupan seseorang terutama semasa kanak-kanak melalui proses kematangan dan latihan formal. Perkembangan dan tahap ekspresi dikawal oleh genetik dan keturunan individu. Kebolehan semulajadi lebih mudah dilihat serta dikesan semasa zaman kanak-kanak kerana kanak-kanak pembelajaran sistemik yang terhad telah mengubah dan membawa mereka kepada bakat yang spesifik Walaubagaimanapun, ia juga dapat dikesan  pada individu  yang lebih tua iaitu orang dewasa melalui kelajuan dan kecekapan seseorang individu dalam memperolehi sesuatu seperti pengetahuan dan kemahiran dalam bidang dan aktiviti tertentu. Dalam erti kata yang mudah,  kelajuan dan kecekapan dalam sesuatu pebelajaran adalah tanda seseorang itu berbakat ( giftedness).Semakin cekap dan cepat proses pembelajaran, kita akan mengangap semakin tinggi kebolehan semula jadi seseorang itu.

DMGT juga berkait dengan kejadian semulajadi pada manusia. Ia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :

1.    Pada peringkat bawah sekali, ia berkaitan dengan proses dan struktur genotype( contohnya DNA, RNA dan pengeluaran protein)
2.    Peringkat kedua pula mengandungi pelbagai proses fisiologi dan neurologi ( yang lebih dikelani sebagai endophenotypes) yang memastikan badan dan otak berfungsi dengan baik. Kebanyakannya dikenali sebagai sumber perbezaan dalam komponen kebolehan semulajadi (G) dan intrapersonal (I).
3.    Peringkat yang tertinggi ialah struktur anatomi yang dipanggil exophenotypes
( contohnya  saiz otak, ketinggian dan fleksibiliti sendi).


Kebolehan semulajadi ini boleh dilihat ketika kanak-kanak menyelesaikan dan melakukan aktiviti harian dan di sekolah. Misalnya, kebolehan intelektual yang memerlukan mereka mmbaca dan bercakap dalam bahasa asing atau memahami konsep matematik yang baru. Dalam aspek pemprosesan kognitif, pelajar-pelajar cerdas pintar biasanya apabila diuji dengan ujian-ujian psikometrik akan mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau Intelligent Quotion (IQ) yang tinggi biasanya melebihi 130 (Kyle 1998). Malahan, potensi kognitif dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selain itu ciri-ciri kognitif pelajar cerdas pintar merangkumi keupayaan untuk menaakul idea-idea yang abstrak, cepat memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat empati, ingatan yang kuat, dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik dalam sesuatu topik yang diminati.

Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar cerdas pintar seperti berikut; mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar biasa, sangat suka kepada perkara-perkara intelektual berserta sifat ingin tahu yang menebal, mempunyai strategi yang berbeza ketika menyelesaikan sesuatu masalah, gemar mengajukan soalan-soalan yang susah, dan memberikan pendapat yang ganjil hasil dari pemikiran yang mencapah. Malahan, menurut Stemberg & Zhang (1995) berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan-kebolehan dari aspek memiliki asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingati semula maklumat dari ingatan yang tersimpan. Malahan, kanak-kanak ini mahir menggunakan kemahiran dan strategi dalam menyelesaikan masalah serta memiliki kemahiran metakognitif yang akan meregulasi. Apa yang penting mereka dapat mengaplikasikan kemahiran dalam mengawal penggunaan strategi dalam menyelesaikan masalah.

Francis Galton pula menyatakan kanak-kanak pintar cerdas sebagai seseorang yang mempunyai penaakulan yang tinggi dan melihat sesuatu itu di dalam perspektif yang berbeza daripada orang biasa. Dalam erti kata lain, perkembangan awal mereka dapat dikenal pasti sebagai seorang individu yang mempunyai pemikiran kognitif yang arasnya adalah lebih tinggi daripada individu lain. Pandangan yang dilontarkan oleh Galton adalah amat bernas kerana bukan semua individu mempunyai pemikiran kognitif yang tinggi serta memerlukan penerokaan yang lama untuk diambil oleh seseorang individu yang biasa.

Untuk kebolehan kreatif pula banyak dilihat  dalam aktiviti di mana kanak-kanak menulis cerita pendek, mengarang lagu,meyelesaikan masalah dan menghasilkan kerja sains, melukis poster yang cantik ataupun bermain blok LEGO. Selain itu, antara ciri yang dipamerkan dengan memiliki pemikiran yang kreatif ialah sangat yakin ketika menjelaskan dan menyatakan idea-idea yang telah difikirkan serta idea-idea yang bernas itu terhasil daripada kebolehan mereka dalam membuat hubung kait antara dua idea yang terpencil yang tidak dapat dilihat dan difikirkan oleh orang lain. Malahan, mereka juga boleh meneka dan mengecam akan kewujudan seseuatu masalah dalam sesuatu perkara tertentu dan secara spontan mereka dapat bertindak mengikut daya pemikiran yang kreatif. Relaitinya, idea yang sering dilontarkan dapat dikekalkan dengan hujah-hujah yang boleh menarik minat orang lain.
Apa yang lebih penting apabila mereka berjaya mengekalkan idea dalam setiap perbincangan atau kolaborasi dengan mereka yang normal. Dalam pada itu, mereka menunjukkan minat yang mendalam dalam menghasilkan projek tertentu seperti projek sains dan robotik. Hal ini demikian kerana projek-projek seperti ini akan menggalakkan mereka supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan mendalam. Jika ada yang cuba menandingi idea yang telah dilakukan oleh mereka, pelbagai persoalan akan diajukan sehingga mereka berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Kebolehan sosial boleh dilihat dalam aktiviti harian dimana kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sekelas, guru-guru dan ibu bapa.
Kebolehan fizikal dilihat dalam aktiviti sukan, muzik dan kerja kayu.,Akhir sekali, kebolahan persepsi dan kebolehan fizikal dapat dilihat dalam aktiviti yang dilakukan di sekolah, dalam aktiviti sukan atau seni ( menari, mengukir patung dan membuat kraftangan).


PENGEMBANGAN BAKAT YANG DINAMIK

PERATURAN ASAS DINAMIK / pertimbangan dinamik

Dalam DMGT , kebolehan semulajadi bertindak sebagai ‘ raw material’ kepada bakat. Maksudnya, dengan adanya bakat, barulah seseorang itu mempunyai kebolehan semulajadi yang baik. Dalam kebanyakan situasi, seseorang itu tidak berbakat jika tidak dianugerahkan kebolehan semulajadi terlebih dahulu. Contohnya, fenomena dimana kemunduran akademik di kalangan kanak-kanak berbakat dan berkebolehan intelektual.

Terdapat juga hubungan dinamik di antara pintar dan berbakat. Oleh kerana status kebolehan semulajadi sebagai ‘raw material’, kebolehan semualajadi yang mewakili kebolehan generik dapat dibentuk dan digunakan dalam pelbagai kemahiran dan cara yang berbeza, bergantung kepada bidang yang diceburi oleh seseorang.

Contohnya ketangkasan manual, salah satu daripada kebolehan fizikal semulajadi, boleh dibentuk kedalam kemahiran tertentu kepada pemain piano, doktor gigi , jurutaip atau pemain permainan video. Begitu juga dengan kebolehan semulajadi kognitif iaitu pemikiran analitikal boleh dibentuk dan diaplikasi ke dalam pemikiran saintifik seorang ahli kimia, penganalisis pemain catur atau perancangan atlet yang strategik.

Wednesday, 27 November 2013

Pintar Cerdas Dan Berbakat Dalam ICT

Maksud ICT

ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen,telefon,telefon mudah alih,fax,telegram,PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi, untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej, dan digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

ICT dalam Pintar Cerdas dan Berbakat

ICT boleh memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan individu pelajar pintar dan berbakat di seluruh fasa pembangunan di dalam dan di luar bilik darjah. Ia boleh memberi peluang pengayaan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam dan merupakan salah satu strategi untuk menyediakan peluang kurikulum yang berbeza.

Terdapat beberapa manfaat ICT untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat ialah boleh memberi peluang kepada pelajar berbakat untuk kemajuan pada kadar yang sesuai dengan kebolehan masing-masing, boleh menampung gaya pembelajaran individu pelajar, boleh memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan dan mengamalkan kemahiran pemikiran peringkat yang lebih tinggi, membolehkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar lain yang pintar cerdas dan berbakat di seluruh dunia, boleh digunakan sebagai sumber maklumat yang kuat, boleh menyediakan peluang berstruktur untuk siasatan berkumpulan, boleh memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran kerjasama, dan membolehkan pelajar untuk melibatkan diri dalam program-program pembelajaran jarak jauh.


Pelajar-pelajar yang pintar cerdas dan berbakat dalam bidang ICT akan:

1.  Menunjukkan keupayaan ICT yang ketara yang dijangka untuk umur mereka dengan tahap pencapaian yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan bagi kumpulan tahun mereka.
2.   Belajar dan menggunakan teknik-teknik ICT baru dengan cepat.
3. Menggunakan inisiatif untuk mengeksploitasi potensi ciri-ciri yang lebih maju alat ICT, contohnya menggunakan fungsi canggih dan formula dalam spreadsheet.
4.   Memindahkan dan menggunakan kemahiran dan teknik ICT dengan yakin dalam konteks yang baru seperti menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam bidang ICT dan menggunakannya untuk mata pelajaran lain.
5.   Membantu pelajar-pelajar yang lain.
6. Memulakan idea-idea dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan ICT dengan berkesan dan kreatif, membangunkan sistem yang memenuhi keperluan peribadi dan kepentingan.
7. Memiliki kendiri - mereka tahu bagaimana mereka belajar dengan lebih baik dan boleh memantau pembelajaran mereka.
8.  Menjangka dan menangani masalah dengan memikirkan penyelesaian yang kreatif dan dapat menentukan penyelesaian terbaik.
9.  Menumpukan perhatian untuk tempoh yang lebih lama.

Pelajar pintar cerdas dan berbakat juga belajar dan menggunakan teknik-teknik ICT baru dengan cepat, sebagai contoh, murid-murid menggunakan kekunci pintasan untuk tugas-tugas rutin dengan berkesan dan sewajarnya, mereka dengan cepat menggunakan teknik-teknik untuk mengintegrasikan aplikasi seperti mengemel. Mereka juga menggunakan inisiatif untuk mengeksploitasi potensi ciri-ciri yang lebih maju dengan menggunakan alat ICT. Sebagai contoh, murid-murid akan menyiasat kod sumber HTML laman web dan menggunakan ciri-ciri seperti kaunter atau bingkai reka bentuk web mereka sendiri untuk memindahkan dan menggunakan kemahiran dan teknik ICT.


Pelajar pintar cerdas dan berbakat juga akan meneroka secara bebas di luar topik yang diberikan kepadanya. Sebagai contoh, mereka membuat keputusan secara bebas untuk mengesahkan maklumat yang mereka dapati dari laman web. Mereka akan memulakan idea-idea dan menyelesaikan masalah menggunakan ICT dengan berkesan dan kreatif, membangunkan sistem yang memenuhi keperluan peribadi dan kepentingan mereka. Sebagai contoh, mereka mencipta sebuah laman web kelab peminat interaktif yang menghantar surat berita bulanan kepada pelanggan elektronik (sama ada bekerja sendiri, atau bersama-sama dengan rakan-rakan). 

Sumber:


Differentiated Model of Giftedness and Talent (DMGT)



DMGT merupakan singkatan kepada Differentiated Model of Gifted and Talented atau model perbezaan pintar cerdas dan berbakat. Model ini mula diperkenalkan oleh Robert Mils Gagne iaitu pakar psikologi pendidikan Amerika pada tahun 1985. Model ini menceritakan kepada umum bagaimana individu pintar cerdas ini boleh diukur. Gagne telah mengumpulkan semua pemboleh ubah yang relevan dalam setiap komponen dibawah model DMGT. Model DMGT Gagne (2009) memperkenalkan tujuh komponen iaitu Academic (TC), Technical (TT), Arts (TA), Social Service (TP), Administration Sales (TM), dan Business Operations (TB). 


Kenali Individu Pintar Cerdas

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang.

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara.

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut.

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak.

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat.

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun.

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik.

 Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.

Kebolehan menyelesaikan masalah
• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku.

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya.

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar.

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan.

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain.

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

 Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami.

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

 Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.